Rupa bumi ini terbentuk akibat daripada hakisan ombak berterusan yang menghakis dinding-dinding cerun dan akhirnya runtuh. Hakisan seterusnya akan memecahkan bongkah-bongkah batuan yang telah runtuh menghasilkan permukaan yang mendatar.
Pentas Hakisan beserta dengan bongkah-bongkah batuan runtuh yang membentuk pantai berbatu di lokasi ini.
Permukaan mendatar akibat hakisan berterusan pada lantai pantai.
Merupakan antara fitur yang terbentuk pada lapisan batuan akibat hakisan daripada aktiviti ombak. Gerbang laut mempunyai bukaan di kedua-dua belah.
Bentuk seperti tapak yang berwarna merah keperangan adalah fitur yang terbentuk akibat daripada daripada pengkayaan dan pengoksidaan unsur besi di celah-celah rekahan pada jasad batuan.
Struktur terhasil oleh penghabluran garam di dalam liang / retakan di permukaan batuan.
Lubang periuk adalah lekukan-lekukan besar didalam batuan lazimnya berbentuk membulat terhasil akibat kisaran kelikir oleh arus bertenaga tinggi.