top of page

02

Biotapak

01

Biotapak

DJI_0153.JPG

WARISAN BIOLOGI

Sumber alam biologi dan ekosistem tabii di Pulau Labuan merangkumi hutan bakau, sungai, pulau dan kawasan pesisir pantai. Menurut Laporan Labuan Development Blueprint, kawasan alam tabii di daratan pada tahun 2015 ialah seluas 884 hektar atau 9.3% daripada jumlah luas tanah Labuan (tidak termasuk pulau-pulau kecil).

​

Kawasan hutan paya laut melitupi hampir 5% daripada tanah Labuan dan kebanyakkannya dilitupi oleh hutan bakau. Tiga yang terbesar ialah Kinabenua (374.21 ha), Sg. Gersik (95.91 ha) dan Sg. Ganggarak (81.20 ha). Data flora dan fauna mengenai hutan bakau terhad kepada kawasan Kinabenua. Flora hutan bakau di Kinabenua terdiri daripada sejumlah 47 spesies daripada 23 famili. Daripada jumlah ini, 29 spesies ialah pokok. Antara spesies terpenting ialah Merbau Ipil (Intsia bijuga) yang berstatus lemah terancam dalam senarai merah IUCN, Gedabu hibrid (Sonneratia x hainanensis) iaitu terancam teruk, Gedabu (Sonneratia ovata) yang hampir terancam dan Gelam laut (Osbornia octadonta) iaitu spesies endemik Borneo.

​

Burung ialah haiwan bakau yang lebih ketara, banyak boleh ditemui dan mudah dijadikan tarikan pelancong. Sebanyak 12 spesies burung yang direkodkan di hutan bakau Kinabenua dan sekitar pesisir pantai Kg. Bebuluh. Spesies terpenting ialah Burung Pependang Timur yang hampir terancam. Spesies ini amat jarang ditemui, kecuali di Sabah di tempat burung popular seperti Sukau dan Lembah Danum. Inventori kepelbagaian spesies burung di sekitar Rintis Chimney- Pantai Tg. Aru menghasilkan sebanyak 15 spesies. Semua spesies yang direkodkan biasa ditemui dan berstatus kurang bimbang di dalam Senarai merah IUCN

​

Taman Laut Labuan terdiri daripada Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman yang terletak di barat Pulau Labuan. Kawasan Taman Laut Labuan merangkumi perairan sejauh 2 batu nautikal daripada purata paras air surut maksimum. Ketiga-tiga pulau dikelilingi oleh terumbu karang perairan cetek (3.8 m dalam) yang tumbuh di atas batuan granit dan kaya dengan hidupan marin, terutamanya ikan dan karang. Sebanyak 161 spesies daripada 54 genus dan 15 famli telah direkodkan (Julian et al. 2012). Antara genus yang kaya spesies ialah Acropora (14 spesies), Montipora (13 spesies) dan Favia (7 spesies). Litupan karang dianggarkan sebanyak 32.3% sahaja (Unimas 1999)

_DSC0102.JPG

Hutan Paya Laut

Kawasan hutan paya laut melitupi hampir 5% daripada tanah Labuan dan kebanyakkannya dilitupi oleh hutan bakau (Rajah 3.1a). Tiga yang terbesar ialah Kinabenua (374.21 ha), Sg. Gersik (95.91 ha) dan Sg. Ganggarak (81.20 ha). Data flora dan fauna mengenai hutan bakau terhad kepada kawasan Kinabenua. Flora hutan bakau di Kinabenua terdiri daripada sejumlah 47 spesies daripada 23 famili. Daripada jumlah ini, 29 spesies ialah pokok.

_DSC0101.JPG

Sanktuari Hidupan Liar Pulau Ular

Persatuan Pencinta Alam Sabah aktif mencadangkan Pulau Ular sebagai santuari hidupan liar kerana di situ adalah tempat membiak tiga spesies burung tern, iaitu Camar Batu (Onychoprion anaethetus), Camar Topi Hitam (Sterna sumatrana) dan Camar Jambu (Sterna dougallii). Pulau Ular penting sebagai tempat persinggahan burung air semasa musim hijrah (Oktober - April).

DJI_0206.JPG

Hutan Pantai

Pulau Labuan dan pulau kecil lain di sekelilingnya mempunyai garis pantai sepanjang 81.7 km. Garis pantai ini terdiri daripada pantai berbatu dan pantai berpasir yang menyokong hutan pantai. Di sepanjang rintis Chimney - Pantai Tg Aru, inventori flora yang dijalankan pada 16 Mac menghasilkan 61 spesies tumbuhan (35 spesies daripadanya ialah pokok). 

DJI_0658.JPG

Dataran Pasang Surut

Selain Pulau Ular, tempat lain yang penting sebagai persinggahan burung air ialah di dataran pasang-suru Sungai Labu, tanah bencah Sungai Lada berhampiran SMK Rancha-Rancha, Taman Botani Labuan, dataran pasang-surut Nagalang dan Kinabenuwa.

_DSC0100.JPG

Taman Laut

DJI_0539.JPG

Pulau Rusukan

Besar

DJI_0109.JPG

Pulau Kuraman

DJI_0564.JPG

Pulau Rusukan

Kecil

Taman Laut Labuan (5°15’N; 115°07’E) terdiri daripada Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman yang terletak di barat Pulau Labuan. Kawasan Taman Laut Labuan merangkumi perairan sejauh 2 batu nautikal daripada purata paras air surut maksimum. Ketiga-tiga pulau dikelilingi oleh terumbu karang perairan cetek (3.8 m dalam) yang tumbuh di atas batuan granit dan kaya dengan hidupan marin, terutamanya ikan dan karang. Sebanyak 161 spesies daripada 54 genus dan 15 famli telah direkodkan (Julian et al. 2012). Antara genus yang kaya spesies ialah Acropora (14 spesies), Montipora (13 spesies) dan Favia (7 spesies). Litupan karang dianggarkan sebanyak 32.3% sahaja (Unimas 1999).

bottom of page