top of page
DJI_0620.JPG

LABUAN GEOPARK

SERVICES

Geotapak

Kepelbagaian tapak geologi yang menceritakan kejadian geologi Pulau Labuan 15 - 35 juta tahun lampau.

Biotapak

Flora dan Fauna kepulauan

Labuan

Tapak Budaya

Lokasi - lokasi budaya dan

sejarah Labuan

ABOUT
DJI_0662.JPG
DJI_0153.JPG
DJI_0144.JPG

02

Sempadan Geopark

Keluasan, Geografi Fizikal, Penduduk

Keluasan

Keluasan keseluruhan kawasan Labuan Geopark yang juga merupakan sempadan pentadbiran Labuan adalah adalah sekitar 401.65 km2 (40,165 ha) termasuk kawasan perairan. Bahagian daratan sahaja meliputi kawasan seluas 94.52 km persegi (9,452 ha) dan Pulau Labuan yang merupakan pulau utama menguasai  95.7% daripada keluasan daratan tersebut.

Geografi Fizikal

Kawasan fizikal daratan ini dicirikan oleh dataran pantai dan perbukitan rendah dengan puncak tertinggi di Bukit Merinding pada ketinggian tidak mencapai 200m. Tiga hutan paya bakau boleh ditemui, iaitu di Kinabenua, Sungai Gersik dan Sungai Ganggarak. Panjang  garis pantai untuk keseluruhan kepulauan Labuan adalah 81.7 km

Penduduk

Jumlah penduduk adalah sekitar 100.4 ribu orang dan kepadatan penduduk adalah 1091 per km persegi (Jabatan Perangkaan Negara  2019). Penduduknya terdiri daripada masyarakat Bumiputera (85%) , Cina (12.3%), India (0.9%), dan lain-lain kaum (1.8% ) yang menghuni di 27 buah kampung serta di pusat bandar

GALLERY
bottom of page