Gerbang laut ini adalah istimewa dan menjadi ikon untuk lokasi ini. Gerbang laut terbentuk akibat daripada hakisan air laut. Kehadiran retakan-retakan pada jasad batuan (zon lemah) lebih mudah terhakis berbanding jasad batuan yang kurang retakan. Ini kerana air memasuki celah-celah retakan ini dengan tenaga yang tinggi akibat badaian ombak telah menghakis bahagian dalam batuan.